Search This Blog

Wednesday 19 October 2011

TAJUK 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA

JENIS-JENIS UJIAN
  • Ujian Formatif, Sumatif
  • Ujian Kefasihan, Kemajuan
  • Ujian Bakat, Pencapaian
UJIAN FORMATIF DAN SUMATIF

Ujian formatif 
Ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. 
Tujuan:
Untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan.
Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.

Keberkesanan Menjalankan Ujian Formatif

1. Menentukan Tajuk Pengajaran
2. Menentukan Aspek dan Tahap Penguasaan
3. Menghubungkan Elemen dengan Tajuk
4. Membina Soalan Ujian
5. Mencadangkan Tindakan Susulan

Prosedur membina soalan ujian ialah seperti berikut:
i.     Menentukan tajuk pengajaran yang ingin diuji.
ii. Menentukan aspek dan tahap penguasaan yang perlu dicapai oleh pelajar bagi tajuk pengajaran berkenaan. Misalnya, pelajar perlu mendapat 80% untuk menunjukkan mereka sudah menguasai tajuk tersebut.

iii Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran. Guru perlu menyusun elemen-elemen ini mengikut tahap objektif dan mengaitkannya supaya saling bertautan.
iv.  Membina soalan ujian mengikut bilangan elemen dalam tajuk, iaitu setiap elemen perlu diuji melalui sekurang-kurangnya satu soalan. Soalan ujian yang sesuai perlu dibina untuk mengukur penguasaan pelajar terhadap semua elemen ini.

UJIAN SUMATIF

Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Ia bertujuan untuk menentukan pencapaian pembelajaran dan pemeringkatan gred murid. Satu lagi ujian sumatif ialah untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid.

Biasanya ia akan meliputi seluruh sukatan pelajaran untuk satu peringkat pembelajaran. Ujian sumatif boleh dijalankan selepas satu peringkat pengajaran dan pembelajaran dalam satu kursus yang tertentu. Sebagai contoh, ia boleh dijalankan pada akhir penggal, tahun atau sesi persekolahan. Guru akan membandingkan pencapaian antara calon untuk menentukan taraf kedudukan murid-murid dalam bilik darjah. 
Aspek
 
Penilaian Formatif
 
Penilaian Sumatif
 
Konsep

Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran
Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.
Tujuan
Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.
Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar.
Waktu penilaian
Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung
Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.
Kaedah
Formal : pensel-kertas
Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan
Dibuat secara individu atau dalam kumpulan
Dibuat secara formal – ujian pensel-kertas, lisan.
Dijalankan secara berkumpulan
Selepas penilaian dijalankan
 
Membaiki kelemahan murid serta merta  dengan mengulang semula topik pembelajaran – pemulihan
Menjalankan aktiviti pengukuhan – pengayaan
Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai.
Memberikan pengiktirafan – sijil, hadiah dsb.
Membaiki kurikulum / mata pelajaran

 UJIAN KEFASIHAN
  • Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

  • Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kmpulan pembelajran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.


  • Untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan

  • Ujian kefasihan dinilai dari segi:
Ø  Pengucapan dan penyebutan dengan betul dan terang
Ø  Kadar kelajuan bacaan sesuai dengan bahan yang dibaca.
Ø  Intonasi dan nada yang betul
Ø  Pemilihan ungkapan yang betul
Ø  Mimic muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas
Ø  Pososo tubuh yang betul
Ø  Kedudukan buku yang betul
Ø  Perferakkan mata (mata pembaca yang lamah akan berhenti untuk menyerap perkataan)
Ø  Pembaca yang fasih boleh mengenalpasti struktur ayat dan mampu memecahkan ayat2 yang panjang menjadi bahagian2 kecil.
Ø  Perbuatan menunjuk ketika membaca boleh mengganggu kefasihan membaca.
  • Ujian kefasihan pentng untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang. Kefasihan seseorang berbahasa bergantung kepada latar belakang penguasaan bahasa.
  • Kefasihan mempengaruhi kemahiran berkomunikasi secara berkesan dan menjadi criteria bagi pengelompokan dari segi kebolehan penguasaannya.

UJIAN KEMAJUAN
  • Setiap ujian kemajuan yang digunakan did lm kelas adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.

  • Berasaskan objektif pengajaran. Pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar.
  • Bertujuan mengukur dan menilai setakat mana pelajar2 telah menguasai bahan atau perkara2 yang diajar tentang satu2 tajuk tertentu.

  • Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.

  • Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.

  • Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui denganlebih jelas tentang kemajuan setiao orang pelajar dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan.

UJIAN BAKAT

  • Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

  • Mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing sama ada secara khusus atau keseluruhan.


  • Selalunya melibatkan data2 bahasa ayng ‘artifical’ mengandungi pelbagai unsure bahasa seperti fonetik, tatbahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.
  • Terbahagi kepada 2 kumpulan:
i.              Berasaskan kajian besar-besaran mirip kepada bidang mekanikal.contohnya Seashore Measures of Musical Talents digunakan sehingga sekarang untuk menentukan bakat yang ada pada seseorang.
ii.             Berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dibentuk dan digunakan bagi memenuhi sesuatu kepaerluan (lebih sesuai dalam bidang bahasa).

  • Kesimpulannya, ujian bakat merupakan satu ujian yang khusus untuk menelaah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

  • kemahiran berbahasa yang diuji dalam ujian bakat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, menjadi perkara utama dalam pendidikan bahasa.

UJIAN PENCAPAIAN
  • Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.
  • Ujian pencapaian ertujuan untuk menentukan setakat manakah pelajar telah emnguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.
  • Soalan-soalan yang dikemukakan mestilah berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.
  • Boleh dijadikan pada akhir kursus ataupun setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut penggal atau semester pesekolahan.
  • Berbeza daripada ujian kemajuan.bersifat menyeluruh dan pencapaian lebih rasmi.
Contohnya UPSR, PMR, dan SPM



No comments:

Post a Comment