Sabtu, 2009 Ogos 08

Kuiz Bagus Untuk Kamu (Soalan)

Maaf kerana tidak menulis sesuatu yang baru untuk sedemikian lama. Aku sibuk lah. Banyak benda yang perlu aku lakukan dan fikirkan. Misalannya aku perlu fikir bagaimana aku hendak membuang masa sebanyak 24jam aku setiap hari.

Jadi kali ini aku ada menyediakan kuiz. Tidak banyak, hanya 12 soalan yang perlu kamu jawab.

Sila jawab apa yang terlintas dalam otak genius kamu sesudah selesai membaca setiap satu soalan.


Soalan pertama : Kamu dalam situasi di mana kapal terbang yang kamu naiki hampir terhempas. Kamu diminta untuk terjun daripada kapal terbang tersebut. Kamu ingin mendarat di mana? Daratan atau lautan?

Soalan kedua : Sesudah mendarat kamu masuk ke hutan, dan haiwan pertama kamu terjumpa adalah :

Soalan ketiga : Selepas kamu meneroka hutan. Kamu terjumpa rumah. Gambarkan rupa/betuk rumah itu.

Soalan keempat : Tingkap di rumah itu terbuka atau tertutup?

Soalan kelima : Kamu masuk ke dalam rumah itu. Kemudian ada sebuah meja di tengah rumah. Gambarkan rupa/bentuk meja itu.

Soalan keenam : Di atas meja itu terdapat jag yang berisi air kosong. Berapa tinggi air di dalam jag itu? Setengah? Penuh? Suku? Kosong? Atau?

Soalan ketujuh : Kamu kemudian masuk ke dalam bilik untuk mencari makanan. Tetapi kamu masuk ke dalam bilik yang dipenuhi lilin. Berapa batang lilin yang menyala?

Soalan kelapan : Kamu kemudian keluar dari rumah itu. Adakah kamu akan berpaling semula dan melihat rumah itu? Atau terus sahaja jalan kehadapan tanpa melihat kembali rumah itu.

Soalan kesembilan : Kamu kembali berjalan di hutan. Haiwan kedua kamu terjumpa adalah :

Soalan kesepuluh : Kamu tiba di tepi sungai. Kamu ingin menyeberanginya. Bagaimana cara kamu menyeberangnya.

Soalan kesebelas : Selepas menyeberangi sungai, merentasi hutan. Kamu terjumpa air terjun. Gambarkan tinggi air terjun itu?

Soalan keduabelas : Kamu memanjat sehingga puncak air terjun. Berapa banyak burung swan yang kamu dapat lihat?

Jawapan untuk soalan-soalan ini ada di bawah.

Bersedia?

Senyum x)

Kuiz Bagus Untuk Kamu (Jawapan)

Di sini adalah senarai maksud tersirat bagi jawapan diberikan oleh kamu :

Soalan pertama : Jika kamu ingin mendarat di atas laut bererti kamu seorang yang mampu hidup berdikari.
Jika kamu ingin mendarat di darat kamu adalah seorang yang hidup memerlukan pertolongan/sokongan orang lain.

Soalan kedua : Haiwan pertama itu melambangkan ciri-ciri yang ada pada kamu.

Soalan ketiga : Bentuk rumah yang kamu nyatakan melambangkan tahap materialiti kamu. Lagi mewah/besar rumah lagi materialiti lah kamu.

Soalan keempat : Tingkap terbuka beerti kamu seorang yang open minded. Tingkap tertutup kamu tidak open minded.

Soalan kelima : Bentuk meja. Melambangkan kepantasan kamu memikirkan sesuatu. (Kalau lagi lama kamu memikirkan bentuk/rupa meja itu tandanya otak kamu lembap la).

Soalan keenam : Air dalam jag. Penuh? Setengah? Kosong? Air melambangkan harapan. Lagi tinggi air dalam jag itu lagi tinggilah harapan kamu terhadap sesuatu.

Soalan ketujuh : Lilin itu keyakinan. Sebanyak mana lilin yang menyala banyak itu lah keyakinan kamu.

Soalan kelapan : Pandang kembali rumah yang ditinggalkan atau tidak. Jika pandang kembali rumah tersebut kamu seorang yang pemaaf. Jika tidak kamu seorang yang pendendam.

Soalan kesembilan : Haiwan kedua itu melambangkan ciri-ciri pasangan hidup kamu.

Soalan kesepuluh : Cara kamu menyelesaikan masalah. Contoh : berenang - ambil jalan penyelesaian mudah. buat jambatan - fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu.

Soalan kesebelas : Tinggi mana kamu gambarkan air terjun itu. Itulah tinggi nafsu kamu terhadap hubungan sex.

Soalan keduabelas : Bilangan burung swan itu adalah bilangan orang dalam hidup kamu ketika ini yang betul-betul kamu boleh berikan kepercayaan kamu.

Jangan terkejut dengan jawapan kamu.

Senyum x)

Isnin, 2009 Julai 27

Aku Perlu Mengubah Untuk Berubah

Aku tahu aku memang sudah lama tidak updated blog aku. Minta maaf ya. Aku kekurangan masa dan selebihnya malas. Hey! Hidup aku bukan sekadar mengepos blog baru setiap minggu di sini sahaja. Aku pun macam manusia lain perlu bersosial, makan, minum, isap rokok, tengok wayang dan sebagainya.

Kemudian aku terfikir tentang masa depan aku seketika (semua gara-gara aku keseorangan dalam bilik dan tiada arah tuju hendak aku pergi. Mulalah otak berfikir macam-macam).

Ada beberapa perkara aku rasa aku perlu lakukan. Maklumlah aku semakin dewasa. Semestinya aku bukan lagi kanak-kanak atau remaja. Tapi mungkin remaja dewasa. Ada beza remaja kanak-kanak atau remaja dewasa? Aku sendiri tak faham. Senang cakap aku rasa aku mahu buat perubahan. Perubahan itu jalan ke arah kejayaan bukan? Masa itu emas (tidak kena mengena).

Perkara yang aku patut ubah dan mula lakukan :

1. Melupakan semua body art yang ada pada aku. Ertinya tidak lagi mengenakan subang-subang di muka. Ya aku ada bertindik di bahagian hidung, bawah bibir dan lidah. Terus-terang aku sedang gigih bertarung dengan diri aku sendiri untuk tidak lagi memakai subang. Ini perkara paling sukar aku penah tangani.

2. Berambut pendek. Aku mahu penampilan kemas. Maaf lain kali kalau kamu berjumpa aku mungkin rambut aku tidak lagi kelihatan indie seperti ala-ala vocalist band Hujan itu.

3. Menyimpan duit. Malangnya akuhanya mampu menabung duit syiling buat masa sekarang. Bagi aku ini sudah bagus kerana tandanya aku boleh menyimpan duit dan kurang berboros. Siapa tahu mungkin lepas ini aku boleh menabung duit kertas seringgit. Wah dalam masa 100tahun aku rasa aku sudah kaya-raya. Maaf aku tidak ada niat untuk belanja kamu nanti.

4. Bangun pagi. Banyak benda yang aku mampu lakukan pada waktu pagi. Gosok gigi dengan lebih lama, mandi lebih lama, minum Nescafe pagi, makan honey star kesukaan aku, ,dapat mengelak traffic jam dan dapat hadir ke kuliah.

5. Bersenam. Aku mahu pergi gym. Nanti dapat memikat orang dengan lebih mudah.

Maaf ini blog pendek. Sampai sini saja. Bye.

Senyum x)

Khamis, 2009 Julai 02

AKU PALING TIDAK SUKA KALAU .. (7)

Orang Yang Biadap Ketika Mengunakan Telefon Bimbit.

(Gambar ini dari blog orang lain. Aku rasa dia benarkan aku menggunakannya berdasarkan pemahaman aku dari pembacaan blognya).

Aku tidak pasti sama ada aku tidak suka bermaksud aku pantang atau aku berasa jengkel apabila terjumpa/terserempak dengan orang yang tidak pandai bersopan ketika menggunakan telefon bimbit. Bagi aku kedua-duanya sama (pantang dan jengkel), yang pastinya aku tidak suka mereka ini kerana beberapa sebab.

Ciri-ciri orang tidak beradab ketika mengunakan telefon bimbit :

1. Menggunakan telefon bimbit murah mereka sebagai alat perhubungan ala walkie talkie. Caranya amat mudah. Cuma pasangkan telefon anda ke loudspeaker ketika sedang berbual dengan rakan karib anda. Cuma perlu acukan telefon bimbit murah itu ke arah mulut dan bersuara, untuk mendengar dengan lebih jelas pula letakkan speaker telefon bimbit berhampiran telinga. Bodoh. Itu telefon bimbit bukannya walkie talkie. Kalau mahu walkie talkie sangat pergi kerja sebagai polis atau lain-lain. Mengganggu ketenteraman aku saja bila dengar suara pecah dari speaker kecil telefon bimbit murah kamu itu. Cakap sikit punya kuat pula tu. Kasi sampai sebatu dengar. Biadap.

2. Sibuk layan sms dan pada waktu yang sama kamu sedang melepak dengan aku. Bagi aku yang ini memang tidak beradab. Ini mungkin biasa berlaku kepada aku. Kawan sibuk paksa aku keluar lepak. "Jom, lepak minum" katanya. Aku yang dengan rasa teruja bersetuju untuk keluar dengannya. Tapi dia pula sibuk layan sms ketika lepak dengan aku. Aku pula yang menderita kebosannya disebabkan dia sibuk melayan sms blue dengan boyfriend atau girlfriendnya sambil senyum-senyum babi seorang diri. Jangan main sms ketika sedang lepak dengan aku. Kalau mahu main sms tapi ajak aku lepak baik tak payah lembu! Biadap!

3. Menyalakan lampu telefon bimbit di tempat gelap pada waktu yang tidak munasabah. Kalau kamu di lorong gelap seorang diri dan takut disamun aku boleh terima.Pukul 3pagi kamu sedang tidur tiba-tiba kawan kamu sibuk menyalakan lampu telefon bimbit untuk mencari sekeping cd. Hoi! Tak nampak aku sedang sibuk bermimpi ni? Potong betul. Lagi satu kes bila sibuk menelefon aku tengah pagi buta. Alasan menelefon aku sebegini lewat untuk menanyakan "Esok ada kelas tak?" Lagi tak senonoh bila si penelefon bertanya "Weh dah tidur ke?" Aku pasti akan menjawab "Tak lah. I kat USA sibuk dating dengan Paris Hiton. Dekat sini masih pagi" Biadap!

4. Ringtone yang kuat dan menyakitkan hati. Ini aku benci! Sedang tengok wayang, makan di kedai mamak, dan di dalam tandas awam telefon orang lain berbunyi (gila spoil nak berak pun kacau). Tolong senaraikan ringtones yang menyakitkan hati kamu di bahagian komen. Dalam kategori teratas aku ringtone yang menyakitkan hati aku adalah : bunyian sms Upin dan Ipin, bunyi bayi menangis serta beberapa bunyi yang aku rasa agak kelam kabut seperti lagu-lagu jiwa rempit artist rock kapak Malaysia. Bertambah hati rasa sakit apabila telefon sudah berbunyi tapi tuan punya telefon pula buat endah tak endah seakan-akan telefonnya tidak berbunyi. Apa ni babe. Kau ingat kau habis style la pasang ringtone lagu-lagu indie Malaysia tu. Tolonglah. Biadap sungguh.

5. Reply sms ketika memandu. Ini aku takut. Bukan takut reply sms ketika aku memandu. Itu aku berani buat. Kadang-kadang tanpa aku sedar aku pun membalas sms ketika aku memandu tapi tidak apa, aku pemandu cekap. Yang aku takut bila orang lain memandu dan mereply sms mereka pada masa yang sama aku dalam kereta tersebut. Hey! Aku tidak menaiki kereta kamu untuk menyabung nyawa ketika kamu sedang sibuk memandu dan membalas sms pada masa yang sama! Lagi aku bengang bila pemandu kereta lain beperangai sedemikian. Kalau kau langgar aku macam mana? Kau bayar la bodoh.

Itu aku dapat fikirkan pada masa ini. Kalau kamu ada lagi sila tulisnya di komen.

Senyum x)

Video Untuk Orang Baru Belajar Clubbing





Sila berlatih bersungguh-sungguh.

Senyum x)

Khamis, 2009 Jun 25

AKU PALING TIDAK SUKA KALAU .. (6)

(Maaf sudah lama aku tidak menulis dalam rungan aku paling tidak suka ini. Hampir-hampir terlupa aku ada banyak benda yang aku tidak puas hati dan sama sekali terlupa untuk menulis pada ruangan ini.)

Bila Orang Datang Mintak Derma Semasa Aku Makan.

(Dalam blog ini perkataan sedekah aku gantikan dengan derma. Sedekah kejam sangat bunyinya).
Ok. Begini ceritanya. Aku sentiasa makan di luar bersama-sama kawan aku. Maklumlah aku tidak reti dalam hal masak memasak ini. Tambah pula aku jenis yang banyak duit untuk dibuang (aku bukan hendak bercerita yang aku ini banyak duit. Itu lain kali ya. Sedikit berlagak padahal realitinya aku sentiasa pokai).

Jadi apa yang aku hendak cerita kali ini.

Minggu lalu pada malam hari (kalau aku tulis pada malam minggu lalu kan senang) aku ke tempat aku selalu makan malam. Tak perlu lah aku cakap di mana. Nanti aku kena serang dengan orang kes tak puas hati pasal blog ini.

Sedang aku sibuk melantak ayam di dalam pinggan aku datang seorang pak cik tua yang aku percaya buta pada mulanya datang meminta derma. Sebagai balasan kamu akan diberikan sekeping kalendar sekiranya memberi derma.

Itu aku tak kisah sangat. Sebenarnya aku memang suka memberi derma, dapat pahala bukan. Tetapi kes pak cik ini lain sikit.

Aku dapat cam pak cik ini berlakon buta kerana :

1. Menggunakan tongkatnya seperti dia menggunakan tongkat seperti orang buta. (kamu faham-faham sendiri. Aku malas huraikan).

2. Biarpun dipimpin isterinya (aku rasa berdasarkan pegangan tangan yang erat antara berlainan jantina. Tidak mungkin pak cik mak cik bukan muhkrim akan berpegangan tangan sebegitu. Aku muda lagi lain cerita). Ok. dia dipimpin tetapi si buta yang berjalan di hadapan. Jadi si buta yang memimpin isterinya?

3. Main mata dengan aku. Dia bukan gay maksud aku ialah kita akan melihat muka orang itu sekiranya sedang bersembang dengannya bukan? (eye contact). Pak cik yang kononnya buta ini boleh menghadap muka aku ketika meminta derma. Tahu pula nak pandang muka aku yang hensem ini. Sah-sah kamu tak buta.

4. Aku tak puas hati. Lalu aku ikut dia (pada masa ini makanan aku masih belum dibayar). Aku nampak dia menaiki kereta buatan Malaysia. Yang seronoknya si buta memandu.

Jadi mulai hari ini. Aku tidak suka kalau ada orang mintak derma ketika aku makan. Mesti sakit hati kalau orang berlakon buta ini aku tipu dia macam ini.

Nenek aku kata " Orang buta pun pandai buat anak".

Senyum x)

Ken Lee - Mariah Carey (improved English)





Layan saja!

Senyum x)