Search This Blog

Wednesday, 19 October 2011

TAJUK 4 : PEMBINAAN UJIAN

UJIAN  OBJEKTIF 

DEFINISI
  • Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
  • Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.
  • Gronland,1977:
“Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa”.

Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
  1. Item respon bebas
  2. Item respon tetap (item objektif pilihan)

1. ITEM RESPON BEBAS
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.

Contoh;
  1. Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________
  2. Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.
2. ITEM RESPON TETAP
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
  • Jenis soalan respon tetap;
i.  Format salah betul
ii. Padanan
iii.Aneka pilihan

i. Format salah betulSoalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu 
  • betul (B) atau salah (S)
  • setuju (S) atau tidak setuju (TS)
  • ya (Y) atau tidak (T).
ii. Padanan

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang. 

Aneka PilihanAneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
  1. Berbentuk soalan
  2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
  3. Analogi
  4. Antonim
  5. Jenis negatif
  6. Mengisi tempat kosong
  7. Jenis campuran
  8. Teknik kloz
  9. Mengelaskan 
Panduan pembinaan Item
  1. Pokok soalan (stem)
    •Bahasa mudah difahami
    •Berbentuk soalan / ayat tidak lengkap
    •Kesukaran mengikut aras kesukaran taksonomi
    •Kurangkan soalan berbentuk negatif (10%-hitamkan / garis)
    •Gambar, rajah, dan carta disertakan bagi soalan yg berkaitan.
  2. Bahan ransangan
  3. Pilihan jawapan
    •Jawapan yang disediakan haruslah logik.
    •Ditulis sejajar (semua huruf / semua angka)
    •Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
    •Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
    •Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.
    •Tiada perkataan yg berulang
    •Pastikan satu jawapan shj yg betul
  4. Distraktor (penganggu jawapan)4. Struktur item (roman & abjad)
Kelebihan
  • Mudah disemak
  • Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
  • Menguji banyak topik
  • Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
  • Mengukur proses mental yang tinggi
Kelemahan
  • Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
  • Potensi untuk meneka jawapan tinggi
  • Sukar untuk dibina
  • Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
  • Calon bijak tidak perlu belajar banyak
  • Tidak dapat mengukur keaslian 

UJIAN SUBJEKTIF

Definisi : 
  • Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
  • Terdapat dua jenis
  1. Tindak balas terhad (struktur – jwpn : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan)
  2. Tindak balas lanjutan (esei)

Prinsip pembinaan soalan jenis strukturItem jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Panduan Pembinaan Item Subjektif
  • Membentuk JSU
  • Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut :
    1.Tugas / arahan soalan jelas
    2.Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon.
    3.Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain)
    4.Mengubal bilangan soalan secara berpatutun.
    5.Sediakan satu skema pemarkahan.
Kelebihan
  • Mudah digubal
  • Sesuai untuk semua mata pelajaran
  • Sesuai untuk semua aras taksonomi
  • Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
  • Mengurangkan konsep meneka.
  • Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
  • Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
Kelemahan
  • Bidang yg diuji terhad
  • Soalan boleh diramal
  • Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
  • Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.







 

Tuesday, 4 October 2011

TAJUK 3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU)

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)

Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Tujuan JSU diwujudkan.
  • Menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara spontan – tidak tahu aras)
  • Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan. 
Ciri-ciri JSU
  • Merupakan matrik yg terdiri drpd 2 paksi iaitu paksi melintang – aras kemahiran dan menegak – kandungan.
  • Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yg ditetapkan.
  • Mengandungi aras yg mengikut aras taksonomi.
  • Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan kemahiran.
  • Kepayahan item dlm lingkungan 20% - 80%.
  • Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-lain.
  • Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran.

Kepentingan JSU

• Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
• Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
• Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
• Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
• Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
• Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)

JSU mengandungi maklumat tentang:
• Bentuk dan panjangnya ujian
• Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
• JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
• Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
• Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
• Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
• Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
• Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina.
Contohnya;
soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Langkah tiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam
1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

TAJUK 2 : TASONOMI DAN DOMAIN

Taksonomi Bloom
Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
1) Pengetahuan
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.

2) Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula.

3) Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain.

4) Analisis
Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.

5) SintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.

6) Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.


Taksonomi Krathwohl
Taksonomi Karathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.
Aras taksonomi Krathwohl

1) Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
2) Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
3) Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4) Organisasi
 
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya  

 

TAJUK 1 : PENGERTIAN DAN KONSEP

PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.


PENTAKSIRAN

Definisi
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Tujuan Pentaksiran
  • Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
  • Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
  • Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
  • Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
  • Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
  • Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran 
 
PENGUJIAN
Definisi
Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

PENILAIAN
Definisi
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Tujuan lain Penilaian Ujian
  • Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.
  • Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.
  • Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.
  • Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya
  • Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.
  • Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
  • Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
  • Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.